Isnin, 27 Mei 2013

Save.The.Date

Assalamualaikum semua!

Okay this time no merapu-merapu, I'll just go direct to the point. Hihihi ~

Last week I went to Parit Buntar, Perak attending my best girlfriend's wedding, Kechik. Dah lama plan sebenarnya, and mula-mula ramai yang nak follow and konvoi reramai. But last minute jugak, ramai yang cancel disebabkan hal-hal yang tak dapat nak dielakkan. Nak buat guane kan ? Yang lapang masih berpaut pada plan yang asal. Hahaha.

So, kitorang cuma dua kereta, yakni aku dan Abby. Abby from Shah Alam with Sue, me from Gombak dengan Jiji and Dal. Nak dijadikan cerita, kitorang dah janji nak jumpa kat RnR Rawang pukul 9 pagi. Tapi kalau dah memang janji Melayu kan, adatlah kalau lambat. Pukul 10.30 pagi baru kitorang sampai kat RnR Rawang. We olls sampai dulu baru Abby. Hee ~

So lepas dah jumpa pelok ciom semua, kami pun memulakan perjalanan kami. Actually it will takes about 4 hours from Rawang to Parit Buntar, so kami yang memandu ni memang bawak laju dan laju sebab takot sangat kalau lambat sampai + belum tentu tak sesat sampai sana kan. Tah la bape banyak speed trap aku kena ni. Tapi takpe, perjalanan harus diteruskan. Wakakaka ~



Frm left : Dal, Jiji and Nululs !

Kesian Jiji, sebab dia baru habis kerja pagi tu and balik rumah terus bersiap laju-laju sebab takot aku marah sampai rumah aku lambat. Haha :P Dalam kereta orang suh tido taknak, maka terhasil lah gambar-gambar yang vongok sengal tapi anggun kitorang! Heee~ Kitorang cuma berhenti sekali je untuk Abby reload touch n go + isi minyak, and aku just topup minyak sahaja sebab touch n go awal-awal dah reload! Senang kalau prepare awal-awal nanti tak kelam-kabut.

So sepanjang perjalanan, aku banyak sembang dengan Dal pasal masa depan. Ececehhh. Jiji sedap berdengkor kat belakang dengan spec hitam dia tak reti nak bukak. Tido pun mesti nak bergaya. Retisss sangat!

Kami masuk exit Bandar Baharu dekat pukul 2.30 petang. Nasib tol tak mahal sangat kan! And kitorang tong-tong duit minyak + tol, so agak jimat disitu. And kami tak sesat, terus jumpa dewan tempat majlis berlangsung. Fuhh, Alhamdulillah Allah permudahkan jalan kami. Kami selamat sampai ke Parit Buntar. Hihi.

Ya Allah, cantiknya.. Memang macam anak patung!


Nur Mazlifah Mohd Said
18.05.13

Kami masuk je dewan, aku dengan Abby terus p carik table kosong. Panas weyh panas. So kami take time and rehat-rehat dulu tengok orang makan. Tengok orang makan. Tengok orang makan. Aku dari dalam kereta duk bising lapar, lapar. Hahaha. Dah niat, nak makan sebanyak mungkin ni sebab dah lama tak makan nasi orang kahwin. Hehehe. Rasa-rasa time kitorang sampai, Kechik tak perasan lagi kot. And haa, kitorang jumpa Aini, classmate kitorang. With her husband and Firas, the handsome boy! Aloo tomei tomeinye diee.. tapi sayang, tak amik pun pic Firas. Sory sayang! Nanti jumpa lain kali aunty amik banyak-banyak okay. #auntysgt


At last, aku doakan ang bahagia Chik dengan husband ang. Moga kalian sentiasa dalam limpahan rahmatNYA, Amin Ya Rabbalalamin! Btw, aku happy sangat dapat jumpa semua, walaupun kita tak ramai, aku akan ingat kenangan ni sampai bila-bila! I love you olss. Nanti kalau ada next wedding jauh-jauh, kita plan lain okay! And hopefully ramai la yang bole join nanti.

Untuk kechik, entry ni dayah update khas untuk ang. Harap persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun jauh. And dayah doakan korang ni bahagia di dunia dan akhirat in shaa Allah. Aku happy tengok korang happy. Taktau la ang dapat baca tak entry ni ? Hahaha :D

Setakat ni tu saja naa, nanti ada hot story aku habaq maii! ^^

Ahad, 3 Jun 2012

Karier VS Kerjaya

Assalamualaikum korang!

Hai semua. Berhabuk nampaknya blog aku ni. Sekian lama diabaikan. Hehehe. Bukan apa, sejak kerja, aku dah jarang usik komputer mahupun lappy. Penat bekerja mengatasi segalanya.

Untuk makluman, aku sekarang bekerja. Repeat, bekerja. Hehehe. Tak percaya ? Mohon percaya lah. Aku kerja dengan satu company home decor dari Sabah. KAISON FURNISHING SDN BHD.


Kaison KL Festival City, Danau Kota

Nampak cantik tak tempat aku kerja ni ? Hehehe. Aku tak kerja kat sini, aku cuma lah dibelakang tabir sahaja. Warehouse Kaison dekat Kg Baru Sg Buloh. Jarang-jarang aku naik outlet sebenarnya.

Just nak bagitau, kalau korang jenis yang minat barang-barang cute, decor rumah yang nampak mahal tapi murah, aku suggest korang cuba la pergi Kaison. Mesti ade sesumting yang buat korang jatuh hati dengan kedai aku ni. Hee

Anyway, tu jela kot. Nak dapat gambaran jelas, korang boleh Google anything pasal Kaison. Sebab aku rasa ramai dah yang duk update dorang punya experince after pergi Kaison.

Happy Shopping dengan Kaison k !

Rabu, 28 September 2011

Grad Dah Dia

Assalamualaikum korang!

Okay ampun maaf dipinta sebab tak update langsung blog. Ucapkan selamat hari raya jauh sekali yer. Huhu. Maaf sebab aku tak update, masa sangat mencemburui, nak2 lagi bila aku dah start kerja. Oh yes baby, aku dah kerja sekarang. Kerja apa? Biasa-biasa aje, janji lepas untuk pocket money aku, sedikit sumbangan untuk mak dan keluarga dan juga untuk pinjaman aku yang beriban. Fuhhh, semput aku menaip tahan nafas. Hahaha.

So aku just nak share yang the last Saturday aku dah konvo. Yeeehaaa! Siapa tau ni mungking konvo terakhir aku kan? Hopefully tak lah. Aku dah tekad untuk sambung degree, tapi I just need sometime untuk stabilkan ekonomi dulu ye tak? Sampai bila aku nak guna duit Mak je kan. Bagi peluang untuk adik-adik pulak belajar. Kakak yang baik harus berkorban untuk adik-adik walaupun tak banyak kan ? Hiks ~~

Back to the story, aku pergi konvo kali ni sebab aku tak pergi konvo yang pertama dulu, sebab time tu, aku baru kehilangan Abah. Jadi yang ni aku pergi sebab aku nak merasa konvo dan nak Mak tengok aku naik pentas amik scroll. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat aku. Syukur sangat2. Cuma aku sedikit terasa sebab Abah takde untuk sama2 tengok aku konvo. Takpe, aku tau Abah tenang disana...

Alhamdulillah... aku keluar dewan je, aku nampak muka Mak and abang aku, Acied dah tunggu. Tengok Mak yang dah bertakung airmata, aku tau Mak pasti lebih terasa sebab Abah takda sekali dengan dia tengok anak dia naik pentas amik diploma. Takpe, Tuhan sayang Abah...

Sebenarnya, start dari pagi nak konvo tu, aku tak makan apa-apa tau sebab kelam-kabut nak bersiap. Sebab kitorang duk dekat hotel yang jauh dari poli, so takot lambat sampai. Lepas je selesai pulangkan jubah semua, aku terus bising-bising cakap lapar. Sape yang kenal aku, memang tau lah perangai aku. Kenyang aku diam, Lapar aku bising. Eh tapi kadang-kadang lapar pun aku diam je sebab takde tenaga nak bising-bising. Wakakaka :P

Jadi, aku rasa ni bole consider hadiah sebab aku dah grad kot, family bawak p momom besar kat Umbai. Ohhh so heaven okay makan tepi laut! Memang aku menggigil sebab terlalu lapar. Alhamdulillah, takde yang melarang aku dari makan sepuas hati. Semua kelihatan akur melihatkan ke'buruk'kan aku melantak! Haha. Lepas siap makan, sempat gak p jalan-jalan kat Bandar Hilir, naik Cruise ramai-ramai. Aku lekk je dengan jubah hitam aku kan, yang dah basah lencun dengan peluh-peluh semua. Lepas dah penat berjalan, baru kitorang gerak balik homestay dekat Bukit Beruang.

So kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih untuk semua abang abang kakak kakak ipar adik adik dan mak sebab susah payah datang untuk meraikan hari besar buat aku. Aku hargai sangat-sangat.


#lovefamilysomuch!

Selasa, 28 Jun 2011

TNB + Kenangan

Assalamualaikum korang!


Apa yang korang buat tengahari menjelang petang nie yek? Hmm, hari ni memang panas la. Bertambah panas bila TNB buat kerja upgrade apa ntah , jadi rumah atok aku nie keputusan sumber bekalan elektrik jap. Rasanya dari entry yang baru apdet tu pun aku asyik guna perkataan KEPUTUSAN kan? Haha~ Bila cakap pasal takda elektrik nie, melayang kejap ingatan aku kat arwah nenek kesayanganku, Fatimah binti Ali yang dah kembali ke rahmatullah pada 22/12/2010 yang lalu. Erm, kalau nak dikira, dah dekat 6 bulan jugak arwah kembali kesisi-NYA. Al-fatihah.

Arwah nenek dulu disahkan menghidap sejenis kanser di bahagian hati, bilamana terdapat cecair yang dah memenuhi hampir separuh hati. Jadi, disebabkan faktor umur dan kondisi nenek yang dah uzur, anak-anak arwah sepakat untuk tidak melakukan apa-apa rawatan yang diperlukan keatas arwah sebab kesian tengok badan nenek yang dah susut sangat. Jadi, arwah dibawa pulang ke rumahnya supaya anak-anak dapat menghabiskan masa dan berbakti menjaga emak mereka sendiri. Seingat aku, doktor yang merawat pun menjangkakan nenek tak dapat hidup lama sebab body dia dah tak kuat nak lawan, tapi kuasa Tuhan siapa yang tahu kan? Alhamdulillah, bila dekat rumah, nenek nampak lebih bertenaga dan ceria mungkin sebab seronok tengok anak-anak dia berkumpul, jaga dia dengan penuh kasih sayang. Dengan cucu-cucu dia terutama yang paling sengal, aku lah. Heh~

Nenek tak boleh bernafaas dengan sempurna tanpa ada mesin oksigen yang dibekalkan pihak hospital. Maknanya kalau nenek tak pakai mesin oksigen tu, dia akan cepat mencungap dan semput. So ada satu hari tu, tiba-tiba elektrik takda. Menggelabah jugak lah mak aku ngan adik dia nak pindahkan nenek kat rumah aku sebab mesin oksigen tu tak boleh nak berfungsi sebab elektrik takda kan. Jadi, kebetulan masa tu, jiran sebelah rumah nenek nie, yang aku panggil Pakcik Din ada kat rumah. Atas bantuan beliau lah, dapat gak nenek aku dipindahkan sekejap kat rumah aku. Alhamdulillah tak jadi apa-apa yang buruk.

Bila diingat-ingat, aku rindu sangat dengan nenek aku. Tambah bila tengok katil tempat dia terlantar sakit dulu kan. Nenek aku nie, walaupun sakit dia memang dah ditahap kritikal, satu yang aku memang kagum sangat dengan nenek, dia masih nak berpuasa walaupun kalau nak diikotkan, keadaan dia tu tak diwajibkan berpuasa. Sampai dia dah niat, kalau dia dapat puasa 3 hari kot kalau tak silap aku, dia nak bagi aku duit. Alhamdulillah, nenek memang seorang fighter lah, dia puasa sampai ke akhir Ramadhan yang mulia. Aku ingat lagi apa dia cakap, " Mungkin nie puasa nenek yang terakhir. Kot lepas nie dah tak sempat lagi nak puasa sama-sama." Aku diam je time nenek cakap camtu. Dalam hati aku menangis, sebab aku sayang sangat dengan nenek. Tapi aku pasrah bila dia pergi, sebab aku sendiri pun tak sanggup tengok dia menderita menanggung sakitnya. Hajat nenek yang sempat aku tunaikan, bila dia kata nak tengok aku makan pizza depan dia banyak-banyak. Nenek tau aku memang kuat makan. Hehe. Aku balik dari Melaka sebab nak gembirakan nenek. Seronok dia tengok aku melantak pizza tuh tak hengat punya. Tapi tersentap sekejap aku bila nenek cakap, " Lepas ni tak dapat dah tengok kau makan macam nie."

Banyak lagi kenangan antara aku dengan arwah nenek. Aku mula rapat sepenuhnya dengan nenek bila arwah Abah meninggal kurang dari setahun sebelum nenek pulak yang pergi. Aku sendiri yang nak jaga nenek, tolong pergi kedai, sembang lama-lama, masak sama-sama. Aku rasa puas sebab itu jer satu nenek yang jaga aku dari kecik sampai aku dah 22 tahun nie. Mana mungkin aku tegar tengok dia jalan kaki pergi kedai time matahari terpacak atas kepala. Hmm...

Ok lah aku taknak tulis panjang sangat, nanti aku pulak yang asyik terimbau. Kepada korang yang still ada nenek dan atok, hargailah selagi mereka masih hidup. Sayangilah mereka seikhlasnya. Nanti dah takda nenek macam aku, memang korang sendiri yang terasa. Raya tahun lepas, aku raya untuk pertama kalinya tanpa Abah tersayang, raya tahun nie pulak tambah lagi sorang, nenek pun dah tiada. Harap aku kuat semangat lah kan?

Assalamualaikum..

P/s : Kalau korang perasan, orang-orang yang baik dan beriman nie, selalu dipanggil menghadapNya lebih awal kan? Kenapa ye? Thanx kalau sudi share! :)

Selasa, 10 Mei 2011

Malu Bertanya Memang Sesat Jalan

Assalamualaikum

Lokasi : Taman Gombak
Waktu : Pukul 9 lebih
Isu : Nak pinjam kereta
Hamba : Aku & Brader Lerp

Aku : Acied, kau keluar dengan Ayong ke? *message*

Brader : Aha, nape?

Aku : Nak pinjam kereta Ayong. Gi Uptown Danau, dengan Siti.

Tapi kalau takleh takpelah.

Brader : Kunci dalam beg hitam kat atas meja dalam bilik.

Dalam kereta ada kipas kat seat belakang.

Aku : Errr, kipas? Nak pasang macam mana?

* F.y.i, before this, aircond kereta tu rosak. Dalam fikiran aku,

takkan la panas sangat kot sampai die letak kipas dalam kereta kan *

Brader : Kalau tak peluh-peluh tolong la bawak masuk haa .

Aku : * Semakin tak paham, tapi harus ego, buat-buat paham *

Tengoklah camne, nanti aku try pasang.

Brader : Kalau tak rajin biar jelah.


Dalam kepala otak, japgi nak kene tengok dulu camne nak pasang kipas tu dalam kereta nie. Nak cocok plug kipas celah mane tah. Persetankan, aku harus bersiap kerna lambat!

Aku dah janji kul 9.45 malam nak keluar amik kawan aku tuh dekat WangsaWalk Mall sebab dia kerja dekat situ. Dah siap semua, aku pergi masuk bilik Brader nak amik kunci. Time dah nak bukak pintu kereta, siryesly aku tak ingat langsung kot pasal isu kipas yang memeningkan kepala tadi. Terus start enjin, dengan penuh sopan, aku pun gerak dari rumah. Sampai kat WangsaWalk, dah angkut member tadi tu, kitorang pun terus lah pergi isi minyak dulu. Memang malam tu, panas lain macam yer. Tambah pulak aircond kereta rosak kan, kami mengharapkan udara malam jela.

Sampai jer kat uptown, ketiak aku dengan kawan aku tu tak payah cakap la kan, peluh berlebih-lebih. Hahaha.

Dah berjalan hampir nak ke 1 round uptown, Brader message aku . . .

Brader : Aircond kereta tu dah elok.

Aku : Takpe la, terima kasih sebab bagitau. Aku dah nak habis pusing uptown dah ni.

Brader : Kau tak chobe.

Aku : Takpe, nanti jahanam kereta orang aku rosakkan.

* godek-godek benda yg kita tau memang dah rosak *

Aku dengan sabarnya mengelap peluh di dahi dan mengibas-ngibas baju di ketiak dengan harapan dapat cool down sikit. Geram kot! Dah nak baik baru bagitau aircond dah okay. Hahaha.

On the way ke kereta nak balik rumah, aku teringat perihal kipas yang jadi isu tadi. Terus aku pergi jenguk ke seat belakang. Hmm, ape kejadahnye kipas siling nak pasang dalam kereta???? Nampak sangat aku tak faham hujung pangkal pasal kipas Brader ni. Kahkahkah.

Maafkan wa derr, bukan wa malu nak bertanya dan meng'confirm'kan kembali, cuma wa taknak rasa pilu bila lu nganjing nanti. Wahahahaha.

Peace derr! :P