Isnin, 27 Mei 2013

Save.The.Date

Assalamualaikum semua!

Okay this time no merapu-merapu, I'll just go direct to the point. Hihihi ~

Last week I went to Parit Buntar, Perak attending my best girlfriend's wedding, Kechik. Dah lama plan sebenarnya, and mula-mula ramai yang nak follow and konvoi reramai. But last minute jugak, ramai yang cancel disebabkan hal-hal yang tak dapat nak dielakkan. Nak buat guane kan ? Yang lapang masih berpaut pada plan yang asal. Hahaha.

So, kitorang cuma dua kereta, yakni aku dan Abby. Abby from Shah Alam with Sue, me from Gombak dengan Jiji and Dal. Nak dijadikan cerita, kitorang dah janji nak jumpa kat RnR Rawang pukul 9 pagi. Tapi kalau dah memang janji Melayu kan, adatlah kalau lambat. Pukul 10.30 pagi baru kitorang sampai kat RnR Rawang. We olls sampai dulu baru Abby. Hee ~

So lepas dah jumpa pelok ciom semua, kami pun memulakan perjalanan kami. Actually it will takes about 4 hours from Rawang to Parit Buntar, so kami yang memandu ni memang bawak laju dan laju sebab takot sangat kalau lambat sampai + belum tentu tak sesat sampai sana kan. Tah la bape banyak speed trap aku kena ni. Tapi takpe, perjalanan harus diteruskan. Wakakaka ~



Frm left : Dal, Jiji and Nululs !

Kesian Jiji, sebab dia baru habis kerja pagi tu and balik rumah terus bersiap laju-laju sebab takot aku marah sampai rumah aku lambat. Haha :P Dalam kereta orang suh tido taknak, maka terhasil lah gambar-gambar yang vongok sengal tapi anggun kitorang! Heee~ Kitorang cuma berhenti sekali je untuk Abby reload touch n go + isi minyak, and aku just topup minyak sahaja sebab touch n go awal-awal dah reload! Senang kalau prepare awal-awal nanti tak kelam-kabut.

So sepanjang perjalanan, aku banyak sembang dengan Dal pasal masa depan. Ececehhh. Jiji sedap berdengkor kat belakang dengan spec hitam dia tak reti nak bukak. Tido pun mesti nak bergaya. Retisss sangat!

Kami masuk exit Bandar Baharu dekat pukul 2.30 petang. Nasib tol tak mahal sangat kan! And kitorang tong-tong duit minyak + tol, so agak jimat disitu. And kami tak sesat, terus jumpa dewan tempat majlis berlangsung. Fuhh, Alhamdulillah Allah permudahkan jalan kami. Kami selamat sampai ke Parit Buntar. Hihi.

Ya Allah, cantiknya.. Memang macam anak patung!


Nur Mazlifah Mohd Said
18.05.13

Kami masuk je dewan, aku dengan Abby terus p carik table kosong. Panas weyh panas. So kami take time and rehat-rehat dulu tengok orang makan. Tengok orang makan. Tengok orang makan. Aku dari dalam kereta duk bising lapar, lapar. Hahaha. Dah niat, nak makan sebanyak mungkin ni sebab dah lama tak makan nasi orang kahwin. Hehehe. Rasa-rasa time kitorang sampai, Kechik tak perasan lagi kot. And haa, kitorang jumpa Aini, classmate kitorang. With her husband and Firas, the handsome boy! Aloo tomei tomeinye diee.. tapi sayang, tak amik pun pic Firas. Sory sayang! Nanti jumpa lain kali aunty amik banyak-banyak okay. #auntysgt


At last, aku doakan ang bahagia Chik dengan husband ang. Moga kalian sentiasa dalam limpahan rahmatNYA, Amin Ya Rabbalalamin! Btw, aku happy sangat dapat jumpa semua, walaupun kita tak ramai, aku akan ingat kenangan ni sampai bila-bila! I love you olss. Nanti kalau ada next wedding jauh-jauh, kita plan lain okay! And hopefully ramai la yang bole join nanti.

Untuk kechik, entry ni dayah update khas untuk ang. Harap persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun jauh. And dayah doakan korang ni bahagia di dunia dan akhirat in shaa Allah. Aku happy tengok korang happy. Taktau la ang dapat baca tak entry ni ? Hahaha :D

Setakat ni tu saja naa, nanti ada hot story aku habaq maii! ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan